">

Selasa, 20 Ogos 2013

★ Kau Yang Pergi..★

Assalamualaikum, hari ni 20 august, hope belum terlambat nak post kata2 pujangga nih. enjoyy :)

Jauh kau berkelana pergi
Meninggalkan kami sendiri
Pergimu menuruti sunnah Ilahi
Apakan daya aku yang kerdil ini

Di sini aku setia menanti
Menantimu dari hari ke hari
Apa kita bisa bertaut kembali
Atau takdirnya aku pergi ke rahmat Ilahi

Khabarnya kau bakal kembali
Teriring bersamamu Nur Abadi
Melodi hatiku girang menyanyi
Lagu syukur dan rindu pada-Mu Rabbi

Namun aku terfikir sendiri
Apa sudah aku bersedia kendiri
Apakah kedatanganmu bakal dirai
Atau aku sepeti  seperti aku yang dulu lagi

Sungguh kau hadiah istimewa buat kami
Namun apa aku bisa hargai
Atau sekadar meriah dilidah bukan dihati
Lantas malu datang menziarahi diri

Sungguh aku manusia yang rugi
Jika gagalku menjadi hamba rabbani
Sepanjang latihan bersamamu nanti
Tuhan,ku mohonkan kekuatan rohani jasmani

Wahai kau yang bernama Suci
Bertamulah bersama cinta Rabbi
Kerna aku sentiasa menanti
Merindui saat-saat kita bersatu hati

Kalam cinta Ilahi
Turun indah di dalam bulan suci ini
Dialah Ramadan yang sentiasa dirindui 
Kemarilah kau ,jangan kau pergi.. 



Ahad, 5 Mei 2013

Renungkanlah..

Di dalam hidup manusia,yang penting adalah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat,rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumah tangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.Apabila negara menjadi kuat,negara luar jadi hormat.Apabila negara luar jadi hormat,permusuhan pun tersekat.Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS,apabila pembangunan meningkat,kemajuan menjadi pesat,kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu,tempat maksiat tumbuh macam kulat,KETIKA ITU manusia mengubah tabiat.Ada yang jadi lalat, ada yang jadi ulat.Apabila dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.Orang baik ada yang bertukar jadi jahat.Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.Apabila orang tua nak mati lambat, xdpt minum madu telan jerla minyak gamat..

Yang lelaki,budak-budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi,percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.Suka sangat menunjuk pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yg singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ni,siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat.Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.Masa tu, nafas naik tersekat-sekat.Dah tak peduli agama dan adat,dah tak takut Allah dan malaikat.Yang penting apa kita nak buat? Kita bukti lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.Maka lahirlah pula anak-anak xcukup sifat.Bila anak xcukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.  TOINK TOINK !

Dia kata apa? Habis manusia dah msuk jerat. habis manusia dah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai para sahabat, marilah kita pakat mengingat, bahawa dunia mkin hari mkin singkat. Esok atau lusa mungkin kiamat, sampai  masa kita semua akan berangkat! berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita ditnya apa yg kita buat. Masa tu, sendiri mau ingat.  Semoga ianya dpt mngingatkankan kita supaya sgera mnunggalkan maksiat dan perbanyakkan ibadat.. :))

=> dipetik dari majalah sekolah ''rabbani generation'' 2005 <=

Jumaat, 26 April 2013

cEritA si Gadist Villgang

assalamualaikum, ..hari ni hari sabtu, mestilah hari minggu, uolls buat ape tu? kalau boring, jum kite berblogger dulu?

mempunyai sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.. kawan makan kawan pun ade.. hmm macam macam kan? tapi kami x.. huhu.. VILLGANG?? siapa mereka?

merekalah.. kioh, peoh,eton(koi), palang,jenab, tipoh,rose.. haha itu nme kampung kami..nme sbnr? haha cari sendiri ! dyorang cute, sporting, kindly and so on lah ! teringat waktu sekolah dulu, sewaktu villgang bersatu, semuanya ada di situ ..huhu :')

*************************iklan****************************

huh, penat menaip, rehat jap bersama kit kat. :D


tapi sekarang kami terpisah .. rose pindah , peah ,tipoh smue buat kerje sendiri.. ade yg nk smbung blaja.. skrg ni eton, kioh n palang amk STAM kat heriah.. kekadang slalu jugak nmpak jenab waktu balik sekolah, sbb dy nk amk adk dy..

dipendekkan cerita, sye doakan dyorang berjaya dalam smue aspek.. ohh ! lupa ckp congrates to all VG yg dpt result best2  !! chaiyokk ! aslkan xde yg gagal tu alhmdulillah.. jgn putus asa.. itu usaha kita.. biar apa orang kata, biarkan mereka.. (bakunye .. ><  ) haha.. erm dala , xleh cerita byk2.. sbnrnye nk cite byk lagy, kunx kene ngn dyorng pulak nnt.. hehe,

and for the readers.. jagalah hati sesama dalam persahabatan..bila salah seorang dah tiada baru nak menyesal dah tak guna la..kadang-kadang kita nie terlalu sensitif hinggakan hal kecil pun boleh jadi pergaduhan antara sahabat.. hence, elakkan dari bersifat :

 -dengki/iri hati
-mengata kawan
-cemburu





nie mse celebrate my birthday..tengs korang.. Nur athirah tengss for the bear ..


Selasa, 23 April 2013

...dan cinta pun tersenyum :)

''aku mahu pulih dari kesengsaraan ini, . Yang kutubuhkan saat ini, hanya cinta Tuhan bukan cinta darimu. Kerana secinta-cinta manusia kepada manusia, kan tidak boleh lebih cintanya kepada Allah? ''

bercinta tak salah asalkan cinta kepada manusia tidak lebih dari cintakan Allah. bercinta juga xsalah jika seseorang itu dah ada tali ikatan yang sah. semua tahu, kita xboleh tentukan yang terbaik untuk kita. manusia hanya merancang , Allah yg tentukan ..bercinta smuanya bermula daripada mata, and dari mata turun ke hati, begitulah indahnya cinta. cintakan bunga, akan layu, cinta manusia akan mati, cintakan Allah, kekal abadi~ 

   Hati itu INDAH jika disulami dengan KEIMANAN.
♥ Hati itu KOTOR jika tersimpan dengan KEDENGKIAN
♥ Hati itu CANTIK jika teradun dengan KESOPANAN.
♥ Hati itu BUSUK jika terpendam dengan KEBENCIAN.
♥ Hati itu TENANG jika di hiasi dengan KESYUKURAN.
♥ Hati itu BAHAGIA jika di tanam dengan KETAQWAAN.. 

jangan takut kehilangan cinta, kerana jodoh sentiasa ada, . and lagi 1,jgn t'slh bri hati pd insan yg xsudi,insan yg xmngerti.krna skli kta mmbri,slmanya dye dhati.krna skli kta dlukai,smpai bla2 ttap kta ingati. hati-hatilah dlm memberi hati, sbb ia hnya utk insan yg thu mghargai btpa tgginya nilai sekeping HATI. :)